Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, January 6, 2010

ILMU DAN HARTA-SAIDINA ALI K.A.W

(Telah diolah gaya bahasanya)


1. Ilmu lebih berharga dari harta sebab ianya pusaka para Nabi, manakala

harta adalah pusaka Qarum, Saddad, Fir’aun dan kuncu-kuncunya.

2. Ilmu boleh menjaga diri kita sedangkan harta perlu dijaga sepanjang masa.

3. Pemilik harta akan berhadapan dengan musuh yang ramai berbanding

dengan ilmu yang didatangi oleh teman-teman yang ramai.

4. Harta jikalau dibelanjakan ianya semakin kurang manakala ilmu jika

diajar kepada manusia ianya akan bertambah di dada.

5. Ilmu menaikkan mertabat manusia berbanding harta, jika tersalah urus

pemilik harta akan bersifat bakhil dan dicerca oleh manusia sedangkan

prmilik ilmu akan diagung-agungkan dengan kemuliaan.

6. Pemilik ilmu tidak menghadapi keresahan berbanding pemilik harta, kerana harta

jika alpa ianya akan dicuri orang sedangkan ilmu tidak perlu dijaga.

7. Di akhirat kelak pemilik harta akan dihisab sedangkan pemilik

ilmu akan mendapat syafaat.

8. Harta akan lusuh dan musnah apabila lama disimpan tapi ilmu

tetap utuh buat selama-lamanya.

9. Harta yang bertimbun akan membuat hati manusia menjadi keras

walau bagaimana pun ilmu yang banyak akan menerangkan hati

manusia.

10. Lantaran harta yang bertimbun manusia akan lupa diri, silap silap

mengaku dirinya tuhan sedangkan pemilik ilmu akan tetap bersyukur

dan mengaku dirinya sebagai hamba disisi Allah.

0 Comments:

Post a Comment